Sunday, November 9, 2008

MULANYA DISINI 1980-1982 Part 1

Bila dak zaman remaja ni dah banyaklah ambil gambar itupun kena sewa kamera kat kedai cina sungai mati.

Foto tahun 1981 di rumah kak semah betul-betul depan rumah saya.masa ini kerja kahwin anak dia tapi tak ingat siapa lah.(Tahir kena ingatkan aku siapa kahwin tahun ini.)

Sebelah kiri Abd Shukor Kasim(sukoi) dan sebelah kanan Malek Ramli.




Tahun 1980 rumah dah ada tembok pagar tapi sekarang pintu dah tak ada.

saya start pakai cermin mata 1980 masa tingkatan 4.Masa ini tidur masih pakai kelambu. Aida umur 4 tahun.Sekarang bilik ni pun dah tak ada.

1980 Form 4 science 1. High School Muar


1981 Form 5 science 1.High school Muar




Foto 1982 31 Ogos masa perarakan hari merdeka.Bergambar depan istana hinggap muar dengan Nas,Rocky, Meng(sebab komeng ) dan chonet. Nama sebenar dia orang Nasaruddin Ismail,Ruqayah ismail,Rafidah Kassim dan Khalilah Zaaba.

Khalidah masuk perrakan tu pakai baju lelaki ala-ala pahlawan melayu.Gambar kat rumah pak Itam mail dekat jalan Khatib bersama kereta Mercedez pak itam.

Ni eksyen je tak tahu pun bawa motor scrambler Mail Kuduk(Ismail Kahar)

Janji dengan mahadir dan nizam nak gi bandar muar untuk beli persiapan saya nak ke USA. Tak berjanji pun nak pakai baju sama color.Sekali tengok kita orang semua pakai baju kuning.ada makcik dalam bas panggil kami budak baju kuning.Masa ini beli kamera KODAK filem 110 harga 90 ringgit untuk bawa ke USA.

Masa tunggu result SPM kena jaga Ena so selalulah bawa gi rumah maklang sebab ada Azmah yang sayang budak- senang kerja aku.

Masa tunggu result SPM inilah simpan rambut tak potong semata-mata nak jadikan afro look. Dulu posing mesti pegang dagu. kenapa hah?

1 comment:

  1. hehehe..ena carik gmbr tu rupanya pada paksu adib...comelnyer ena kan kecik2..dah besor gelap gelita...hahaha...

    ReplyDelete