Masa tingkatan 1 saya bersekolah di sek. men.kebangsaan Pei Hwa Sg Mati (SMPH).Pergi sekolah naik bas pak nordin kelindan dia saayon tahun 1977.
Masa tu form 1B sama kelas dngan jailani mustafa,maria Ahmad,Suraya kasim,Puziah Ahmad,nazlah karim,samat,azmi awab dan anak cina yang lain tak ingat nama dia orang. jamiah,noorsaadah,jamal, asiah form 1A. masa kelas ugama saja kami akan satu kelas.
Masuk form 2 saya bertukar ke High school Muar.Gi sekolah naik basikal sampai sg mati lepas tu tunggu bas.
Foto tahun 1979 masa form 3.
kat pekan sg mati tengah tunggu bas.siapa pula yang ambil gambar ni?. Form 3 pun kena pakai seluar pendek seksinya...
kawan-kawan tunggu bas masa ni fairuz yusuf,Dr. fadzil Yusuf, Khalidah,Dzulkifli sulaiman dan sheliza mohd Rahmad.
Tahun 1979 darjah 4 sekolah ugama johor.naik basikal gi sekolah waktu pagi belajar dari 7 hingga 10 pagi. lepas balik rumah kena pergi sekolah kat bandar muar lebih kurang 8 batu.naik basikal sampai sungai mati tinggalkan basikal kat kedai imam karim. balik kul 7 ptg naik basikal lagi. Penatnya..... Tapi saya bersyukur kerana tahun ini lah saya dapat aggregat 11 dan dapat no 1 sekolah ugama
Geng basikal dari kiri
Amir ripin, murad budak bkt kangkar dan anuar sitam(semua muda 1 tahun dari saya lahir 1965.)
Bergambar depan sekolah rendah kebangsaan sg. mati .Pergi tuition dengan seorang mahasiswa University malaya yang sukarela mengajar anak-anak kampung.Siapa ingat nama dia?
Depan klinik sg. mati. tak ada tempat lain ke nak bergambar ?
Bersama sepupu salwa abd hamid yang kat tengah rambut macam farah Fawcet(Charlie's angel) dan norsiah wahab atau lebih dikenali dengan nama NONI anak bujang teksi.
Kena tolong basuh periuk lepas kerja kahwin aziz tahun 1977. Bilik air tu pun dah tak ada.rumah sebelah tu pun dah tak ada.(Atan,adik atan sham,idris dan yg duduk mencangkung tu ngah fuad)
Kerja kahwin Atan 1978.
razif masa tengah handsome umur masa tu 20 tahun sedang memangku Aida (2 tahun)
Happynya khalilah ni.umur masa ni 10 thn.
dara pingitan kat tingkap ni Azmah Ali umur 13 tahun tengah cun
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete