Monday, October 27, 2008

ABAH

Atuk Hj Hamzah dan Atuk Taman
Allahyarham hj Abd Rahman bin taman (1916-1989).Anak keempat dari mahaguru silat sendeng Taman bin dagang (lihat foto diatas sebelah kanan yang bermisai) dengan Yah binti salleh mempunyai 3 kakak -Long ,Siantan dan Dara.Seorang adik bernama Abdullah merupakan anak dari atuk Milah yang dikahwini atuk taman setelah kematian isterinya. Beza umur abah dengan atan(abdullah) lebih 30 tahun.

Semenjak kecil tubuh badan abah lebih besar dan lebih bijak berbanding dengan rakan yang lain sehingga semasa berumur 13 tahun sudah menjadi guru.Mendapat tawaran SITC Sultan Idris teachers college di tanjung malim perak pada 1935 dan merupakan 15 orang pelajar yang terpilih dari seluruh johor badge pertama.

Disana abah merupakan pelajar terbaik sejarah dan matematik(ada certificate saya kena cari) dan seorang tokoh scout(pengakap) yang sering mendapat Piala(kat mana piala tu hah.entah-entah mak teh dah buang)


Ini foto paling lama dalam simpanan keluarga kami.Diambil pada 9/8/1935. foto ini sudah berumur 73 tahun.Diambil dalam gua batu caves.

Foto ini masa abah masih jadi guru besar sekolah air hitam batu 18 mungkin tahun 1968 sebelum pencen.

Foto diambil 16/7/1960.tak dinyatakan dimana tetapi sebelum kelahiran anak ke 12 Noorsaadah(5/8/1960)

Foto tahun 1968 bersama mak dan anak no 11,12,13 dan 14.
Poskad yang dikirim kepada idris semasa mengerjakan haji tahun 1969
Lihat tarikh 14/1/69

Foto masa muda tak dinyatakan tahun berapa.

tahun 1975 celebrate my birthday yang ke 11.(Tahir pakai baju pink lah) Abah hisap cerut.
Abah kat tangga.Bawah tangga ada selipar baru dan tin biskut simpanan makanan asasi saya.
foto tahun 1977.Baru menerima menantu anum isteri kepad aziz.Dari kiri mak,anum,mak uda dara, mak ngah sapiah,tok ji rahmah,tuk su besah dan fadzilah.


Perkara-perkara menarik tentang arwah abah

1. hisap cerut tak pernah hisap rokok

2.Aktiviti lepas pencen -Pagi pergi kedai malbari kat bukit kangkar minum teh.Lepas tu pergi kebun kat gelugor.Lepas asar pergi malbari minum teh lagi. malam pergi mamak kat kesang tasik dengan arwah cikgu osman kecik (bapa datuk Ghani osman) dan pakngah jamal

3.baca suratkhabar berita harian kat kerusi malas di verandah rumah tiap-tiap hari sampai 2 -3 jam sekali baca.

4.saya selalu kena pijak badan abah sewaktu kecil hinggalah sampai umur 18 thn.kadang-kadang pijak tengkuk dan bahu dia.Last week tapa bagi tahu masa dia kecil pun selalu kena suruh abah pijak dia.

5.kawan baik abah ialah cikgu bahak yang bawa kereta sungguh slow
6.tak pernah saya kena pukul maupun kena marah dengan abah.
7.walaupun dah berumur 70 tahun tapi masih boleh mengingati sejarah lama-lama. nombor talipon anak-anak dan nombor kereta anak-anak semua dia hafal.
8.tak pernah drive kereta maupun motosikal.sepanjang hidup dia naik basikal dan tak pernah beli kereta.
9.kalau duduk makan dirumah mesti 2 kerusi dan tempat yang sama.
10.tak miss tonton warta berita pukul 9 malam .

2 comments:

  1. haah..abah mmg akan baca paper dkt tepi verandah...sgt lama dier baca...n ena juga rasa bljr baca paper dgn abah...)

    ReplyDelete
  2. kalau nak baca paper kena immediately after paper sampai terus ambil otherwise kena tunggu 3 jam

    ReplyDelete