Disebabakan tak jumpa Long masa raya,kami pergi Batu Pahat rumah dia di Parit Besar,Bagan.
Norazmah,Chah,Noor dan siti hajar pun datang beraya.
Lepas solat jumaat kami balik.Aku teringin nak jumpa ismail ibrahim HSM kalau dia ada lagi di parit Seri Jalan Abdul Rahman.Call dia tak jawab.jadi aku call gurubesar Juhari Ahmad HSM.Dia bagitahu dia baru balik dari Muar ke Seberang Prai.Dia bagi direction rumah ismail so aku pergi rumah dia sebelah surau.yang ada adik perempuan dia dan anak mail yang sulong.Ibubapa mail sakit dah uzur benar.
Lepas raya rumah Mail, aku teringin nak jumpa zainuddin osman junior 2 tahun sama belajar kat syracuse university.Tapi tak tahu rumah dia cuma tahu dia tinggal kat Parit Keroma Jalan Abdul Rahman.Tanya orang dan akhirnya pergi surau parit keroma jalan temenggung Ahmad.terimakasih kpd Cikgu Abd Shukor Md Dom sepupu arwah Pok teh Ghani yang menunjukkan rumah bapa Zainudin, arwah osman Abd Majid.
aku terjumpa rumah atas pokok ni masa cari rumah zainuddin. Creative orang parit keroma ni.
Cantik rumah lama ni sebelah surau parit keroma jalan temenggung ahmad.
Akhirnya jumpa juga rumah dia malangnya tiada siapa kat rumah.Adik zainuddin bernama Anuar yang tinggal kat sini tapi dia balik rumah mertua di Kedah.Nasib baik pekerja yang sedang buat pagar bagi tahu no Anuar so aku boleh contact zainuddin.Hampir 22 tahun tak pernah jumpa dia.
*** Dah dapat contact Zainuddin tadi 29/9/2009.cakap hampir 30 minit.Nanti aku update cerita dia.
Last sekali beraya rumah Ngah. Firdaus dan farhana dah balik KL.
Sebelah rumah, cina Ah kow buat majlis kahwin cucu dia dan sebelah kanan rumah, Arwah pak ndak Ramli ada kenduri tahlil.
Anak Ah Kow, ah gan dan ah Yan ada datang bagi limau.( Lama sunggoh tak jumpa ah gan,ah chin,ah kim dan ah yan)
Budak dua orang tengah berposing depan BMW Datin Faridah(putih) dan Anthony(merah)
No comments:
Post a Comment