HARI JUMAAT 18/9/2009. Pagi lagi kami dah keluar ke bandar KT sebab nak buat cermin mata. Cermin mata yang selalu di pakai dah patah bingkai dan yg lagi satu kalau pakai mesti pening sampai nak pitam aku.
Mana ada kedai cermin mata buka hari jumaat....satu bandar KT aku cari kedai cermin mata ,semua tutup.
Aku pergi sembahyang jumaat di masjid durian burung.Khatib baca laju susah nak faham.Masa qunut punyalah lama imam berdoa sampai pakcik sebelah aku dah nak jatuh.aku harap dia tak doa nak bini lagi....Lepas solat aku tengok ramai orang kerumun imam nak salam rupanya imam tu orang arab.padanlah dia boleh baca doa panjang dan lancar.
Normah dan awie sekeluarga datang berbuka di rumah.Last terawih
HARI SABTU 19/9/2009
Hari sabtu aku pergi lagi ke sanadi optometris .Buat 2 spek satu rabun jauh dan satu rabun dekat. Di KT harga buat spek jauh lebih murah dari KL.
Masa ni terima sms dari adnan abd razak bagitahu bapa dia meninggal semalam(jumaat).Aku bagi tahu dia kalau sempat aku post dalam blog tapi kat KT malas nak pasang internet lagipun dah mood raya.
Malam raya dia orang main bunga api.
Punya lah kuat mercun bunyi ditambah dengan mercun dari rumah Ayah Chik and Mok Teh bertambah bingit telinga.
No comments:
Post a Comment