Tuesday, December 9, 2008
REUNION; PREPARATION, JEJAK KAWAN DAN GURU 7/12/2008
Masa sarapan pagi saya terima call dari norashidah tanya kenapa tak ambil lagi khemah sebab bapa dia cikgu md.Nor dah sibuk tanya kenapa kemah belum pasang . saya terus call huzahim tanya dia pasal khemah ni.Ingatkan dia belum bangun tidur masa tu dah pukul 9.30 pagi.rupanya zahim bagitahu 10 minit lagi lori sampai nak pasang khemah.Alhamdulillah.Khemah sponsored by cikgu Norazam.
Lori bawa khemah.
Dua big boss ni apah tak buat.
Tak tunggu khemah siap pasang saya dan cikgu norazam pergi ke tangkak cari cikgu yang paling digeruni oleh semua anak murid iaitu cikgu Ahmad Buang. Cikgu ni mengajar matematik dan sains.Dia nampak dah uzur tapi masih boleh berjalan hanya dalam rumah sahaja. Berumur 66 tahun dan masih lagi mengingati anak-anak murid yang bijak dan yang paling tak bijak.
Dia cuba hadir kalau tak ada halangan.
Lepas balik dari rumah cikgu Ahmad Buang kami cuba menjejaki Puan Chai.Dia ni ajar english untuk kelas 1A.ni salah rumah ada anjing kecik.
Tak ambil gambar puan chai tapi dia dah berumur 65 tahun tapi masih nampak muda.
Di taman Muhibbah sg.mati kami ke rumah puan Noresah.Dia ni tak ajar kami tapi kami jemput juga sebab dia masuk Sekolah Abdullah tahun 1975.Dia tak dapat hadir sebab buat korban kat melaka.
Lepas tu kami pergi jumpa sepupu saya salwa abd hamid.dapat makan tengahari lauk nasi lemak lauk sotong dan sup tulang.
Last pergi rumah Norlinda Kassim.Dia baru sampai dari Kota Tinggi.Dia tak cam saya ingatkan orang jual insuran.kali terakhir jumpa dia tahun 1990 reunion kat rumah saya.
Malam kami prepare goddies bag dan buku cenderamata.
Anak saya sibuk masukkan nenas tin,biskut,pen dan buku dalam bag
Azman ali baru sampai dari rumah mertua dia di Tampin bawa lemang.Famili mertua azman ada gerai jual lemang jadi azman sedekah lemang.Azman juga yang bersusah payah menbuat buku cenderamata ni.Terima kasih
esok saya update hari reunion 8/12/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment