Hassan(baju merah) dan Norazam Abd kadir.
saya dah tak jumpa norazam hampir 11 tahun dan tak jumpa en.Hassan dah 6 tahun walaupun dia orang sekampung.hassan ada bawa gambar masa kami sekolah ugama petang tahun 1980.
setengah jam kemudian Norazman Yusof datang.Punyalah excited dia jumpa saya maklumlah sudah hampir 20 tahun tak jumpa.
Saya ,norazam dan norazman terus ke rumah kamaruddin Mohsin di serom 3.Cikgu mohammad Abd Rahman sudah menunggu disitu.Saya tak pernah jumpa kamaruddin(odin) ni sejak 1976 begitu juga mohammad ni dah hampir 26 tahun tak pernah berjumpa sejak di tingkatan enam high school muar.Mohamad terus peluk saya tapi tak terpeluk manakala saya peluk mohammad macam peluk tulang.(kenapalah kau kurus sangat mad?)
Lepas tu kami berempat(saya,azam,man dan mad) pergi bukit gambir kedai batuk Rasikal.saya dan mad tak teringat langsung wajah dia ni.Dia ada kedai perabot di taman jaya.
Setelah menanya beberapa orang akhirnya kami temui juga rumah cikgu Mad Sedari.Cikgu ugama masa kami darjah 4,5 dan 6 ni dah berumur 69 tahun dan telah tiga tahun pakai bateri jantung.
Kami singgah di rumah Nurunnisak di serom 7.Dia masih bujang dan bekerja kampung setelah puas merantau ke johor bahru.
kami singgah digerai Majid di serom satu.majid sudah pencen dari petugas di penjara simpang renggam dan kini berniaga di situ.dapat goreng pisang dan kueh free.terima kasih majid.
pada petang saya attend wedding adik Dr.Noorsaadah yg bernama Zawawi(awi).Masa makan hujan lebat jadi saya sekeluarga berbual dengan saadah dalam rumah.Masa ni lah saadah keluarkan gambar kelas 1A,2A,3A dan sambutan hari guru tahu 1975.First time saya tengok foto ni.excited gila terus bawa balik untuk scan.
Darjah 1A.saya di darjah 1C sebab mendaftar lambat . saya baru pindah dari jalan Sulaiman Muar.
Darjah 2A.saya dan huzahim tak ada dalam foto ni sebab kami menolak untuk bergambar masa tu.(kenapa lah kami boikot tak mahu bergambar dulu. rugi besar)
Darjah 2A.saya dan huzahim tak ada dalam foto ni sebab kami menolak untuk bergambar masa tu.(kenapa lah kami boikot tak mahu bergambar dulu. rugi besar)
Darjah 3A.saya yang paling kiri mencangkung manakala nordin johan paling kanan.Kenapa lah cikgu mesti letakkan jamiah sebelah faridah yusuf?sebab sama rupa sama saiz kot.
Pakaian beragam oleh pelajar 5A.Norlinda pakai koboi,azman ali pakai baju Hawaii,Ronizain jadi pak lebai,jamaliah abdullah jadi makcik kerja sawah,maria pakai pengantin.Perhatikan seluar dzulkifli Suleiman bell bottom lagi
Waktu malam Norazman datang bawa nenas tin dan goody bag.Dia bawa foto 1c dan 3B
Cikgu Kamsiah guru kelas saya masa 1C.saya ingat YB hashim Ismail ada ajar saya masa ni.Adnan Razak,Rohana Atan,Puziyah Ahmad(torek),salmah,jamaliah alias,azahari hamid,badariah salim,azamuddin dan norazman yusof yg saya recognize yg lain tak perasan dah.
Cikgu Kamsiah guru kelas saya masa 1C.saya ingat YB hashim Ismail ada ajar saya masa ni.Adnan Razak,Rohana Atan,Puziyah Ahmad(torek),salmah,jamaliah alias,azahari hamid,badariah salim,azamuddin dan norazman yusof yg saya recognize yg lain tak perasan dah.
Darjah 3B.paling kiri mencangkung tu batuk rasikal.
Selepas kami berjumpa tukang masak en Azman bin Teh ,kami ke rumah kenduri kamaruddin mohsin.disitu saya berjumpa Mad rahman dan Nordin Johan yang tak 32 tahun tak jumpa.dia tanya saya kau tak masuk wwf ke?
Lepas tu saya ajak mad rahman dan nordin datang rumah saya.sampai pukul satu malam kami berbual dan ketawa tengok gambar masa sekolah rendah dulu.
Nordin tak dapart join kerana dia kena sembelih 3 ekor lembu.
Foto ni dapat dari hassan hashim. Ni masa sekolah ugama petang.Teringat tangga sekolah tu.Kami dapat bangunan banyak tahi kelawar ni masa darjah 4(setengah tahun sahaja sebelum berpindah kebangunan baru dua tingkat dekat kubur)dan darjah 6.Bawah bangunan ni lah ramin dan kawan-kawannya main alat muzik mengiringi ayub basir main kuda kepang sampai semua orang tak pergi kantin waktu rehat nak tengok Ayub naik syekh
No comments:
Post a Comment