Dr Rasid datang kat toll kemudian kami ikut dia sampai kat SHELL sg. Ramal Dalam sebab Jailani yang datang dari Kelang tunggu kat situ.
Ronizain pun muncul kemudiannya.
Terpegun tengok rumah rasid.Alhamdulillah cantiknya rumah dia.
Gambar kenang-kenangan.Ronizain pakai kopiah sebab baru balik dari gombak ada kematian kawannya.
Ramin Abd Wahab pun ada datang.
Makan petang ada karipap dan satay kajang.
Jalani yang sudah separuh berawan putih.
Lepas solat maghrib kami memulakan perbincangan yang dipengerusi oleh Norazman Yusof.
1.Menubuhkan koperasi supaya dapat bergerak lebih efektif.En Ramin wahab ditugaskan untuk menerajui koperasi ini.koperasi memerlukan 50 ahli baru dapat bantuan kerajaan.Sekarang kita nak 50 nama.siapa yg nak join contact saya.
2.Product Lintah .Ahmad Ismail akan cuba mengembangkan produk lintah tetapi buat masa sekarang akan menumpukan pada memasarkan lintah yang dibelanya.
3.Ronizain mencadangkan pelihara ayam kampung.
4.Azman Ali ingin meluaskan produk kunyit kisar.Sukar nak mendapatkan kunyit tapi boleh dijadikan tanaman kontan
5.saya mencadangkan diwujudkan laman web rasmi kita supaya senang nak menyampaikan maklumat.mesyuarat setuju sekarang kalau ada siapa yg mempunyai kepakaran dalam website sila hubungi saya.
Pukul 11.15 kami bersurai.Seronok dapat jumpa kembali kawan-kawan lama.
Ada yang mengatakan reunion ni akan berkubur tetapi bagi saya selama kita masih balik kampung dan ikatan persahabatan dikuatkan lagi dengan ikatan persaudaraan inshaalah kita akan dapat bertahan sampai bila-bila.Amin
No comments:
Post a Comment