Tuesday, December 30, 2008

sepupu sebelah emak

BEKAS PELAJAR SEKOLAH ABDULLAH TAHUN 1971-1976 AKAN MENGADAKAN PENERANGAN TENTANG KOPERASI YANG BAKAL KITA TUBUHKAN.SETAKAT INI KITA MASIH BELUM MENETAPKAN HARI UNTUK PENERANGAN DARI PIHAK KEMENTERIAN.DIHARAP SEMUA PIHAK MEMBERI KERJASAMA.



Saya mempunyai 50 sepupu sebelah emak termasuk 4 orang telah meninggal dunia.
Lepas ni nak post sepupu sebelah bapa pula.





























Saturday, December 27, 2008

Jumpa kembali SA71-76 26/12/2008

Pukul 5.30ptg sepatutnya kami berjumpa kat toll kajang tapi saya lambat 15 minit.Hj Adnan,Ahmad Ismail dan Mohammad Rahman yang datang dari muar dah lama tunggu.


Dr Rasid datang kat toll kemudian kami ikut dia sampai kat SHELL sg. Ramal Dalam sebab Jailani yang datang dari Kelang tunggu kat situ.
Ronizain pun muncul kemudiannya.


Terpegun tengok rumah rasid.Alhamdulillah cantiknya rumah dia.

Gambar kenang-kenangan.Ronizain pakai kopiah sebab baru balik dari gombak ada kematian kawannya.








Ramin Abd Wahab pun ada datang.


Makan petang ada karipap dan satay kajang.


Jalani yang sudah separuh berawan putih.


Lepas solat maghrib kami memulakan perbincangan yang dipengerusi oleh Norazman Yusof.








Antara perbincangan kami
1.Menubuhkan koperasi supaya dapat bergerak lebih efektif.En Ramin wahab ditugaskan untuk menerajui koperasi ini.koperasi memerlukan 50 ahli baru dapat bantuan kerajaan.Sekarang kita nak 50 nama.siapa yg nak join contact saya.
2.Product Lintah .Ahmad Ismail akan cuba mengembangkan produk lintah tetapi buat masa sekarang akan menumpukan pada memasarkan lintah yang dibelanya.
3.Ronizain mencadangkan pelihara ayam kampung.
4.Azman Ali ingin meluaskan produk kunyit kisar.Sukar nak mendapatkan kunyit tapi boleh dijadikan tanaman kontan
5.saya mencadangkan diwujudkan laman web rasmi kita supaya senang nak menyampaikan maklumat.mesyuarat setuju sekarang kalau ada siapa yg mempunyai kepakaran dalam website sila hubungi saya.
Pukul 11.15 kami bersurai.Seronok dapat jumpa kembali kawan-kawan lama.
Ada yang mengatakan reunion ni akan berkubur tetapi bagi saya selama kita masih balik kampung dan ikatan persahabatan dikuatkan lagi dengan ikatan persaudaraan inshaalah kita akan dapat bertahan sampai bila-bila.Amin