Friday, September 25, 2009

CERITA RAYA 2009 Part 2 - 18/9/2009 and 19/9/2009

HARI JUMAAT 18/9/2009. Pagi lagi kami dah keluar ke bandar KT sebab nak buat cermin mata. Cermin mata yang selalu di pakai dah patah bingkai dan yg lagi satu kalau pakai mesti pening sampai nak pitam aku.
Mana ada kedai cermin mata buka hari jumaat....satu bandar KT aku cari kedai cermin mata ,semua tutup.
Aku pergi sembahyang jumaat di masjid durian burung.Khatib baca laju susah nak faham.Masa qunut punyalah lama imam berdoa sampai pakcik sebelah aku dah nak jatuh.aku harap dia tak doa nak bini lagi....Lepas solat aku tengok ramai orang kerumun imam nak salam rupanya imam tu orang arab.padanlah dia boleh baca doa panjang dan lancar.
Normah dan awie sekeluarga datang berbuka di rumah.Last terawih

HARI SABTU 19/9/2009
Hari sabtu aku pergi lagi ke sanadi optometris .Buat 2 spek satu rabun jauh dan satu rabun dekat. Di KT harga buat spek jauh lebih murah dari KL.
Masa ni terima sms dari adnan abd razak bagitahu bapa dia meninggal semalam(jumaat).Aku bagi tahu dia kalau sempat aku post dalam blog tapi kat KT malas nak pasang internet lagipun dah mood raya.
Malam raya dia orang main bunga api.
Punya lah kuat mercun bunyi ditambah dengan mercun dari rumah Ayah Chik and Mok Teh bertambah bingit telinga.










Malam tu aku macam perasan anak aku turun dari rumah pergi rumah depan padahal dia ada dalam rumah...Seram gak.

Thursday, September 24, 2009

CERITA RAYA 2009 Part 1 - 17/9/2009

HARI KHAMIS -17/9/2009
Balik ke Kuala Terengganu pada pukul 8 pagi dan Alhamdulillah perjalanan ok belum banyak kereta di LPT cuma perjalanan dari Jabur ke KT melalui jerangau-jabor banyak lori kelapa sawit. Tiba di KT jam 1 tengahari dan cuma berhenti 2 kali kat Gambang dan bandar Muktafibillah.

Sampai kat rumah di KT terus masuk bilik dan lepas sembahyang zohor terus tidor dari pukul 1.30 sampai pukul 5 petang. penat gila....

Anak Aziah dan anak Azlina


Masa berbuka puasa Azlina dan Saiful datang berbuka sekali.



Pergi sembahyang terawih di Masjid Pulau Rusa.
Lepas Terawih dah ngantuk dan hidung pun dah start gatal asyik bersin je.Agaknya cuaca kat KT tersangat panas dan bila petang hujan.
end of part 1.

Wednesday, September 9, 2009

KAWAN-KAWAN KAMPONG KU

SEBENARNYA SUSAH NAK JUMPA KAWAN LAMA YANG SEKAMPONG DENGAN KITA.KALAU TAK ADA KEMATIAN,MEMANG SUSAH NAK JUMPA.BARU-BARU INI SAYA SEMPAT JUMPA CIKGU ISMAIL ABDULLAH,MOHAMMAD WAHAB(BUJANG),WAHAB KASSIM,AMIR ARIFFIN,CIKGU KAMARUDDIN MUSTAFFA DAN YAHAYA TAIB MASA PENGKEBUMIAN ARWAH HJ RAMLI.TAK LUPA JUGA ISAHAK KAHAR,ZALI ANAK MAIL BUKIT KANGKAR,JEFRI ANAK HJ JAAFAR DAN ABANG KEPADA ANUAR SITAM.
LUPA NAK BAWA KAMERA HARI TU.


JUMPA AZMI WAHAB MASA KAHWIN NASH 2 TAHUN LEPAS.

JUMPA LAZIM YANG TINGGAL SEBELAH KUBOR CINA BATU 9 MASA WEDDING AWIE ADIK DR NOORSAADAH TAHUN LEPAS.


HJ YAHAYA TAIB YANG TAK SEMPAT NAK BERTEMU MUKA HANYA NAMPAK DARI JAUH DI KUBOR BUKIT KANGKAR.MASA TU DIA TENGAH BERBUAL DENGAN CIKGU YUSOF SAMAD.
TERINGAT HJ YAHAYA DAN CIKGU KAMARUDDIN PASANG API BAKAR POKOK MENGKUANG DEPAN RUMAH POLIS MAIL SAMPAI SANIAH JAMAL TELEFON BOMBA.BILA BOMBA DATANG API DAH PADAM TAPI ABUK MENGKUANG BERTERBANGAN SATU KAMPONG.(1981)
ANTARA PERISTIWA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN SEMASA KECIL.

Monday, September 7, 2009

SELAMAT HARI JADI MAD MINI


SELAMAT HARI JADI KEPADA AHMAD BIN ISMAIL yang ke 45 tahun pada 7/9/2009.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup.Ucapan dari KOBASA.

Friday, September 4, 2009

PAKNDAK RAMLI KEMBALI KERAHMATULLAH


ALFATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM HJ RAMLI BIN ABD GHANI yang kembali kerahmatullah selepas solat terawih pada malam ini 15 ramadan 4/9/2009.

Thursday, September 3, 2009

SELAMAT HARI JADI HAFIZ


SELAMAT HARI JADI KEPADA MOHAMMAD HAFIZ MOHAMMAD AKHIR yang ke 24 tahun pada 4/9/2009.Semoga panjang umor,murah rezeki dan cepat kahwin.

Tuesday, September 1, 2009

KENANGAN SEMASA DI SYRACUSE





SAYA TERIMA EMAIL DARI ROZALLI HASHIM.
Salam, Adib, ingat saya lagi, Rozalli Hashim. Saya terjumpa blog Adib...dan banyak gambar-gambar di Syracuse yang mengingatkan kembali cerita-cerita menarik semasa di sana. Terkejut melihat bagaimana Adib, Shahrom, Badli yang banyak berubah secara fizikal. Teringin nak jumpa rakan-rakan lama. Saya kini bertugas di UiTM Shah Alam di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi sebagai Timbalan Dekan (Akademik). Tinggal dengan keluarga di 50 Jalan Zapin 5A, Bandar Bukit Raja, Kelang, Selangor. Saya kirimkan satu gambar keluarga yang diambil tahun lepas di Genting. Anak yang sulong, Aisyah 22 thn, yang kedua Atiqah 21 (istimewa), ketiga Afifah 17, keempat Azilah 13 (tak ada dalam gambar- camerawoman) dan bongsu Ahmad Nurhadid 13. Terima kasih post gambar-gambar dan cerita dalam blog, saya spent banyak masa melihat dan membacanya. Teruskan ye Dib. Kalau ketemu rakan-rakan, tolong sampaikan salam saya ye. Semoga Allah ketemukan kita jua. Selamat berpuasa. PM Hj Rozalli Hashim019-2121171rozalli@hotmail.com

ID untuk fall 86 dan spring 87 setelah yang lama hilang.

Anak Mohd Tarmizi yang sulong lahir di Syracuse 1986.sekarang dah 23 tahun.Bila nak dapat menantu ni?

Cuba teka yang mana satu abang mad?


Haimi, boleh pinjam baju kotak-kotak tu?

Suka gambar ni sebab dua-dua my best friend.

Tak ada siapa nak dengar dah.... MISG conference 1984.Kalau tak silap saya arwah omar yang ambil gambar ni.


Dengan Megat kat Downtown Syracuse.Megat sekarang kat Ipoh wife dia Ramlah mengajar di Uitm sri Iskandar.

Kat ATM machine pun nak bergambar.baru dapat biasiswa 3 bulan sekali.Mesti pekena Falafel lepas dapat scholarship.



Anak brother Mourad barakat Suhaib.sekarang dah 25 tahun kot.


Bahrain dan Hisham di hotel Chicago.

Adik Suhaib. Nama dia osama

kaki siapa tu?