Monday, May 4, 2009

KOBASA MAP - UPDATED 4/5/2009

Menjelang MAP Mesyuarat Agung Permulaan
Yang dah Dilakukan
1.Menghantar surat jemputan ke Mesyuarat kepada kawan yang dapat dihubungi.Saya sudah menghantar lebih kurang hampir 70 surat termasuk surat yang dihantar dengan tangan oleh En Norazam Kadir dan Jailani Mustaffa.
2. Menulis surat kepada Guru Besar Sekolah Abdullah untuk mendapatkan tempat mengadakan mesyuarat.Terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Nor Mohd Rasip yang telah mendapatkan persetujuan dari Guru besar. Saya difahamkan dari En Norazam Kadir kita dapat tempat di Dewan Penghulu Abdullah dan bayaran sewa sebanyak RM 50.00
3.Menulis surat jemputan kepada yang Berbahagia Dato' Hashim bin Ismail untuk merasmikan Mesyuarat. Walaubagaimanapun kita mesti menghantar surat dan bersemuka dengan Dato' Hashim dan cadangan dari En Norazam Kadir agar Saudara Noraman Yusof dapat berjumpa dengan Dato'
4. Membuat tempahan katerer.Saya dan Norazam telah bersetuju untuk mengambil saudara hussin dari Pulau Penarik untuk menjadi katerer.RM 8.00 satu kepala untuk sarapan pagi dan makan tengahari
Menu sarapan pagi : 1.Roti Jala dengan kuah kari ayam
2. satu kuih manis dan satu kuih pedas
3. Teh dan Kopi
Menu Makan Tengahari 1. Ikan masak asam pedas
2. Ayam masak lemak cili api
3.Sayur campur
4.Ulam
5.Sambal Belacan
6.Air Sirap
7.Buah tembikai

Yang akan dilakukan
1. Menghubungi kawan-kawan untuk memastikan mereka dapat hadir-senarai nama dan no tel ada dengan saya.
2. Menulis surat kepada guru-guru yang akan dijemput hadir seperti Cikgu Md. Nor, Cikgu Abdullah, Cikgu Salmah,Cikgu Ramlah, Cikgu Faridah,Cikgu Ahmad Sadari dan cikgu Ahmad Buang
3. Borang keahlian sudah saya edit tapi minta kawan-kawan dapat check
4. Aturcara majlis pun dah diedit nanti minta kawan-kawan check
5. Mendapatkan confirmation samada Dato' akan hadir. Jika dia hadir kita boleh tempah kompang dengan En. Murtadha Kadir
6. Saya ada bincang dengan En.Hishamuddin Aziz Satam untuk mendapatkan khidmat dia sebagai Photoghraper sebab dia buat part time kerja ini.
7. Saya mohon Cikgu Md.Nor dapat datang dan membacakan doa diawal mesyuarat nanti
8. Saya minta En Ramin Wahab berucap sebagai pengerusi Majlis sebab saya tak nak berucap.
9. Mohon kawan-kawan terutama yang perempuan menyediakan persiapan godies bag sebagai cenderahati.
10.Minta Ajk yang belum menjelaskan RM.... seberapa segera ke akaun saya sebab saya dah bayar deposit untuk makanan dan pencetakan.

Perkara mendatang akan di update from time to time.

No comments:

Post a Comment