Saturday, January 10, 2009

Nasib pengembara 1982 -perjalanan yg sungguh jauh

Kami berlepas dari airport Subang manaiki MAS ke London Heathrow Airport pada pukul 12 malam.Perjalanan mengambil masa 16 jam dari KL ke London. The first 3 hours masih segan dan tak berani nak bangun dari tempat duduk.Kami ditempatkan di belakang sekali campur dengan org hisap rokok dan mat salleh minum arak.





Bila dah berani sikit mulalah tangkap gambar.Saya duduk sebelah Zulkifli Ahmad dari kulim Kedah dan Ahmad Anuar Othman dari Taiping. Kami akhirnya jadi rakan serumah dan tiga-tiga ambil course civil engineering sebelum zulkifli ahmad tukar ke Electical Engineering)



(Dah boring sangat bergambar tukar cermin mata dengan zul.azizi pakai spek aku....)

Azizi Zakaria dari Gopeng Perak ambil naval architecture.Dia jadi our roommate sebelum sambung belajar New York Naval Academy kat Bronx.



Setelah 8 jam atas plane kami singgah di airport Kuwait selama 1 jam. Dapatlah ambil udara bersih tapi nampak ramai kaum india dan pakistan kat airport tu.



Lepas tu singgah satu jam lagi kat Frankfurt untuk service kapalterbang.

Tepat 16 jam dalam plane kami pun sampai di Heathrow Airport.
Setiba di London kami dapati kami kena transit selama 11 jam di heathrow.Flight ke NY JFKennedy mengambil masa 9 jam.







Bersama Zul dan Anuar kat Heathrow.Nak makan apa pun tak tahu.Tak ada jual nasi kat airport ni.Minum air kotak dengan roti je lah.







Dulu spek semua besar ok.


Member kamceng padahal belum kenal yang lain.



Kenapa beg masa tu semua warna brown hah?kena beli troli lagi.



Setelah 11 jam menunggu kami naik Trans World Airways (TWA).Berbeza dengan MAS sebab masa naik MAS stewardess comel2 tapi naik TWA dahlah pak itam dan mak itam badan besar lepas tu baling je buah apple kat kami suruh tangkap.

Tapi seat banyak kosong jadi kami boleh occupied 2 or 3 seat. tu yang seronok.



Zul dalam TWA.Dia jadi ketua kami dan memang dia punya bakat besar jadi ketua.


Dah sampai di New York. kena tunggu 4 jam lagi sebelum ke Albany. Flight dari NY ke Albany cuma 45 minute tapi kerana tak cukup seat dalam fokker yang boleh muat 20 orang jadi terpaksa buat 2 trip.


Fokker berhenti kat Poughkeepsie untuk turunkan penumpang tapi kami ikut turun ingatkan dah sampai.Lepas tu naik balik fokker.Malunya.

Sampai kat Albany, senior dah tunggu.kami dengar ada orang panggil 'Melayu Melayu.'
Kalau tak silap saya Razak,mutalib dan Malek kat airport.

Lepas tu kami kena naik van ke Gloversville sejauh 40 batu hampir satu jam lagi.


3 hari 3 malam journey. Tak makan nasi,waktu dan hari pun kami dah tak perasan.


nanti sambung lagi.....

No comments:

Post a Comment