Thursday, January 15, 2009

Kenangan FMCC-Rumah Yang Pernah Kami Tinggal

Mula sampai saya ditempatkan di sebuah rumah di third street. Kami tinggal berlima,saya dengan Ahmad Anuar sebilik,Zainurin Karman dengan Ahmad Fadzil ghazali dan Abd Razak Abdullah tinggal seorang satu bilik.

Rumah ni memang besar jadi tempat berkumpul untuk solat Raya.tapi kami tak tahan tinggal kat sini sebab bayar gas heater mahal sangat.3 bulan sahaja disini lepas tu saya dan anuar pindah ke East Fulton Street.


Raya Haji Sept 1982.Ini semua group lelaki.
Duduk dari kiri-Rosli Endut,Ahmad Fadzil Ghazali.
Barisan Kedua-Ahmad Anuar Osman ,Adib Abd Rahman.Zulfikri Suboh,Azizi Zulkepli
Berdiri-Ahmad Tajuddin Harun,zainurin Karman,Laila Satria Suhaimi,Zulkifli Ahmad,Raja Abd Aziz

Bersama Bro Roslan Hakim





Posing dalam bilik.

Dean Street.Zulkifli Ahmad dan Azizi tinggal kat sini sebelum join kami kat East Fulton Street. Apt ni unik sebab nak pergi bilik tidur kena lalu bilik air dulu.Kalau ada orang dalam bilik air tak boleh ke bilik tidur.

Ruang tamu Dean Street.

Rumah di 70 1/2 East Fulton Street ni banyak menyimpan kenangan pahit dan manis kami.Kami tinggal sini sampai summer sebelum pindah ke Third St.


Memikirkan masalah negara ke tu Zul?
Saya sebilik dengan Zul dan Azizi sebilik dengan anuar.


Rambut Afro ni bukan senang nak buat perlu 6 bulan tak gunting rambut baru boleh jadi kembang.
Rajin nya berkemas.

Anuar marah betul gambar ni sebab kepala dia tak masuk dalam gambar.Sorry lah masa ni pakai kamera poket yang filem 110.(dah tak ada dah kamera macam ni)
Kereta Chevrolet Impala yang dikongsi beli ramai-ramai.Boleh naik sampai 9 orang.

Bilik atas tu bilik saya dan zul.




Belakang rumah .suka tengok kucing-kucing main kat sini waktu salji.
Kenangan Manis
Terlampau banyak
Kenangan Pahit
1.rumah kena masuk pencuri.Rupanya yang curi anak Dory -Rozzo tuan rumah kami.
2.kaki tajuddin masuk paku kat basement.Teringat Laila cari minyak cap kapak untuk ubat luka tu.kami yang baru nak solat jemaah terhenti kejap.Zul terus bawa tajuddin ke hospital.
(Cerita Tajuddin masuk paku ni lah paling saya ingat dan sentiasa segar dalam ingatan)

No comments:

Post a Comment