Wednesday, August 14, 2013

BUKIT TINGGI Part 1

28/3/2009 sabtu.
Pulau-pulau kecil dikeliling pulau sumatera barat

Sampai airport Minangkabau Padang,kami sewa 2 kereta berharga rp225000 sebuah sampai ke Bukit Tinggi.Perjalanan mengambil masa 2 setengah jam dari padang ke Bkt Tinggi.Masa ni lah tawar menawar berlaku nasib baik ada En Shahrul hadis yang bijak menggunakan pengalaman berharga dia masa di Bandung.


Airport Minangkabau di Padang

Terdapat air terjun semasa dalam perjalanan.

Singgah makan sate kat Mak syukur.Pak Lah(PM) pun pernah singgah makan sate kat sini.

Ingatkan sate kuah kacang macam kat Malaysia tapi kuahnya macam kuah ayam percik rasa kunyit je.

Supir kami nama dia Indra ajak singgah kat butik Linduan Bulan.Masa ni tak pandai tawar jadi rasa macam dah murah terus beli.(Mashitah-tengok banyak tak sulaman?)

Telekung sulam pun banyak sampai rambang mata.

Sampai kat Hotel Bentang di Bukit Tinggi Jam 9 malam.Bila masuk bilik tengok tak ada air con dan kipas.Pelik juga tapi cuaca kat sana memang sejuk tak payah kipas/aircon.
Lepas tu kami cari makan malam kat Bandar Bkt Tinggi.Nak balik hotel kena naik bukit-penatnya.

29/3/2009 Ahad

Masa sarapan pagi kami berkenalan dengan kalsom dari TTDI.Dia banyak beri ilmu shopping dan smelancong kat kami.Dia dah 3 kali datang kat sini dan dia beli banyak barang untuk berniaga.Sesiapa yang nak ke Bkt Tinggi boleh contact kalsom ni sebab dia boleh dapatkan rate murah hotel Benteng.

Kedai-kedai di Aur Kuning.

Ice cream walls.

(Mashitah you pilih je lah mana you berkenan).

Kedai Karya Busana Textile.Kita orang banyak borong kain sulam kat sini.

Sampai bersepah kat lantai.

Tak cukup di kedai Kaya Busana kami ke Butik Pandai Sikek tuan punya karya busana textile.

Kat sini lagi lebih banyak choice dan kualiti lebih elok.harga lebih kurang sama dgn kat kedai.
(Tapi 2 jejaka bujang ni bukan untuk dijual)
Salah satu masjid dari beberapa masjid yang ada. Masa azan subuh kul 5.30 pagi ada lebih kurang 10 azan saya dengar.

Di restoran masakan minang.Semua ada kalau tak nak makan tolak tepi.

Foto di bandar Bukit Tinggi.Kat belakang tu jambatan gantung.

Di Pasar Atas.Sini banyak barang kulit, t-shirt,kasut dan cenderahati.Kami dah letih sangat masa ni jam pun dah pukul 6 ptg dan pasar pun dah nak tutup.



SAMBUNG ESOK PART 2

No comments:

Post a Comment