JUMAAT 4/3/2010
PAGI JUMAAT JAM 5.30 PAGI. SAYA DIKEJUTKAN DENGAN PANGGILAN TELEFON DARI KAKAK SAYA HJH FADZILAH YANG MEMBERITAHU BAHAWA RUMAH KAKAK SULONG SAYA HJH FATIMAH DI PARIT BESAR BATU PAHAT TELAH DIMASUKI PEROMPAK DAN TELAH MENCEDERAKAN KAKAK SAYA YANG BERUMOR 71 TAHUN.
KAKAK SAYA TINGGAL BERSENDIRIAN DIRUMAH PENINGGALAN ARWAH SUAMINYA HJ MADON SHAFIE SEMENJAK 6 TAHUN LALU.
KEJADIAN BERLAKU PADA JAM 3.45 PAGI KETIKA KAK LONG SEDANG TIDUR. TIBA-TIBA DIA MERASAKAN SEPERTI ADA BINATANG MACAM KOKANG YANG MEMEGANG KEDUA BELAH KAKI DAN BADAN NYA.KEDUA-DUA PEROMPAK TERSEBUT TELAH MENETAK KEPALA KAKAK SAYA DAN BADAN MENYEBABKAN KECEDERAAN YANG TERUK DAN DARAH YANG CUKUP BANYAK.
PEROMPAK MASUK IKUT PINTU SEBELAH KANAN RUMAH.KEBIASAAN KAKAK SAYA MELETAKKAN KUNCI DIATAS MEJA. DENGAN MEMBUKA TINGKAP DAN MENGAIT KUNCI MENGGUNAKAN KAWAT PASU BUNGA DAN DIIKAT DI BATANG MOP DENGAN SENANG SAHAJA PEROMPAK TERSEBUT DAPAT MEMASUKI RUMAH.
SETELAH MENGELEDAH BILIK DAN TIDAK BERPUAS HATI KERANA TIDAK BERJUMPA BARANG KEMAS, KEDUA PEROMPAK MELEPASKAN GERAM DENGAN MENETAK KEPALA KAKAK SAYA DENGA PARANG(SARUNG PARANG TERTINGGAL DI KATIL). DENGAN LAUNGAN ALLAHUAKBAR YANG KUAT KAKAK SAYA TELAH BERJAYA MEMBUATKAN KEDUA PEROMPAK TERUS BERHENTI DARI BERTINDAK LEBIH KEJAM. MEREKA SEMPAT MENGAMBIL WANG RM800.00 KEPUNYAAN SURAU(WANG MARHABAN) YANG DISIMPAN DIDALAM TIN MILO. DENGAN KUASA ALLAH MEREKA LANGSUNG TIDAK NAMPAK BARANG-BARANG KEMAS KEPUNYAAN KAKAK SAYA YANG DILETAKKAN DI BELAKANG KATIL. CINCIN BERLIAN YG BERADA DIATAS MEJA SOLEK PUN PEROMPAK TU TAK NAMPAK. .
KAK LONG MENERIMA 10 JAHITAN DIKEPALA DAN 4 JAHITAN DI BADAN.
SETELAH KEDUA PEROMPAK TU PERGI, KAKAK SAYA TERUS MENALIPON ORANG KAMPONG. KELIHATAN BANYAK DARAH YANG JATUH KE LANTAI DARI KATIL KE TEMPAT TELIPON DI LUAR BILIK. DARI MEJA TELIPON KAKAK SAYA BERJALAN MENUJU KE PINTU DIMANA KEDUA PEROMPAK MASUK DAN DIA DUDUK MENUNGGU PERTOLONGAN ORANG KAMPONG. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADI, KAK MILAH DAN BEBERAPA ORANG KAMPONG LAIN YANG TERUS MENGHANTAR KAKAK SAYA KE HOSPITAL BATU PAHAT.
SETELAH MENERIMA PANGGILAN TELIPON TERSEBUT, SAYA TERUS MENGAJAK KAK SAYA HJH NOORSAADAH UNTUK BALIK TAPI KAK NOORSAADAH TAK DAPAT IKUT. SAYA TALIPON ABANG SAYA HJ IDRIS TAPI TAK JAWAP DAN SETERUSNYA TALIPON ABANG SAYA HJ MOHAMMAD AKHIR DAN DIA SETUJU UNTUK MENUMPANGKAN SAYA TAPI SAYA KENA DATANG KERUMAH NYA DI TAMAN PANDAN INDAH.
DALAM PERJALANAN KE PANDAN INDAH, TIBA DI BATU CAVES,KERETA SAYA BERBUNYI DAN TERUS BERHENTI DI TAMAN SRI GOMBAK. ALAMAK KERETA ROSAK PULAK. MASA TU DAH NAK MASUK SUBUH DAN SAYA MINTA ISTERI SAYA UNTUK DATANG CEPAT SIKIT UNTUK BAWA SAYA KE PETROL STATION SEBAB SAYA BELUM SOLAT SUBUH. ABANG SAYA MOHAMMAD AKHIR DATANG DAN SETELAH MENUNAIKAN SOLAT SUBOH DI SITU, SAYA MENERUSKAN PERJALANAN KE MUAR. AMBIL ANAK SAUDARA FARAH EZARINA DISRI KEMBANGAN SEBAB DIA PUN NAK BALIK SEKALI. SEPANJANG PERJALANAN KAMI SENTIASA BERDOA AGAR KAKAK SAYA SELAMAT.
BILA MANUSIA SUDAH DI MASUKI NAFSU SYAITAN DAN PENGARUH DADAH, INILAH AKIBATNYA TANPA BELAS KASIHAN MEREKA BERTINDAK TANPA PERIKEMANUSIAN.
ALHAMDULILLAH KAKAK SAYA SEORANG YANG KUAT SEMANGAT,KENTAL DAN SENTIASA BERAMAL SOLEH, TIADA PUN KELIHATAN KAKAK SAYA TRAUMA DENGAN KEJADIAN TERSEBUT.
No comments:
Post a Comment