15/2/2010.Monday
Janji dengan Luttfi di jejantas Sg Buloh jam 10 pagi. Saya lambat sedikit sebab ada tetamu dan sibuk pindah buaian dan pasu bunga naik lori untuk pindah ke Batu Muda. Mandi pun belum masa tu.
Sampai jejantas sg buloh, Luttfi dah sedia ada. Lepas tu ambil Mazlan di toll sg. besi jam 10.35. Mazlan pun dah lama tunggu dan selepas tu ambil Bahar di Kajang restoran Yus Sg Ramal dalam.
Sampai seremban ambil Hairuddin di Jusco. Sesat sekejap sebab saya salah info.
Tiba di bukit kangkar jam 1 tghari. Relax kejap sebelum solat dan makan kuih dan buah limau je.
At my house di bukit kangkar.
Lamanya kami tak pernah datang rumah ni sampai dah tak tahu yang mana satu. Dulu senang ada tangki air landmark sekarang dah tak ada.
Rosni kebetulan telefon kami sebab dia pun tak tahu rumah gilbert.
Kami parking kat lorong dan ingatkan rumah yg ada khemah tu rumah gilbert. Nasib baik tak masuk rumah tu.
Lepas tu kami makan murtabak singapore kat Tangjung agas. Lama betul tunggu sebab ramai orang. Hampir 1 jam.
Bertolak balik jam 8 malam dan singgah jejantas alor gajah untuk solat.
Lepas tu kermah Hairudin di Rasah Kemayan Golf Resort. Cantik rumah hairudin dan masih dalam renovation
Lepas exit seremban, hantar Bahar di kajang, mazlan di sg. besi dan Luttfi di Sg. Buloh. Singgah makan Dunkin Donut kejap dan sampai rumah jam 1 pagi.
Penat tapi seronok
Ada tak geng ni yang duduk di asrama jalan meriam.....
ReplyDelete