syracuse university mosque
ini foto 23 tahun yang lalu.Masjid ini telah diubah suai jadi tiga tingkat sekarang.
Dulu warna biru putih macam balai polis pulak.
Kat mana encik Wahab sekarang ya?
Inside the mosque.
Kat dapur tingkat bawah masjid.Kami selalu jadi tukang masak untuk jamuan kenduri malam jumaat .
En Nasir yang sedang pegang anak arab nama dia yasmin.
Arwah Yaakop dari Burma(myanmar).Dia ni cukup rapat dengan kami.satu yang paling saya ingat dia ni tak boleh pronounce 'walk' dengan 'work'
Dalam foto ni kelihatan Mazuar,Abdul Azim,Baharuddin,Ismail Lamdin, Abd Rahim Dawood,Syed Alwi dan Jeffrey Raffles
Geng dapur - Baharuddin,Ismail, zainurin dan Rozalli.
Antara kenangan di masjid ini
1.Bernasyid dengan Norhaimi dan Rosli lagu Tolong kami Bantu kami anak-anak yatim piatu.Lepas tu bro Fakir(Tunisia) dan bro sameer(jordan) pun pandai nyanyi lagu ni.
2. Perselisihan faham antara bro Mokhtar(Algeria) dengann Mourad Barakat(Algeria)
3. kat belakang masjid ni ada gerai jual ayam halal.Lepas jumaat kami selalu beli ayam untuk stok seminggu
4.Bro Aziz(Pakistan) Jual baju dan seluar pakistan pada kami.Terperanjat tengok besarnya pinggang seluar tu
5. Brother -brother yang datang dari seluruh dunia yang masih saya ingat
Mokhtar Maghroui (Algeria),Mourad Barakat(Algeria),Walid Smari(Iraq),Dr Rafil Dhafir(iraq),Yusuf Mehter(Burma),Arwah yaakop(Burma),Muin(Palestine),Bro Hassan(Black American yang jual sepatu khauf kat kami),Bro Aziz Sheikh(Pakistan),Bro Rashad(Kuwait)Ali Roumi(Kuwait)Adnan Shout(Jordan/syria) dan adiknya,Fakir,Mohsin dan adik Fakir dari Tunisia, Zain Alyafei dari Yaman.
BILA AGAKNYA KITA AKAN BERJUMPA DENGAN MEREKA LAGI?
BILA AGAKNYA KITA AKAN BERJUMPA DENGAN MEREKA LAGI?
No comments:
Post a Comment