Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI JADI NOORDIN


HAPPY BIRTHDAY TO NOORDIN JOHAN yang ke 45 tahun pada 1/5/2009.Semoga panjang umur dan murah rezeki dan diberkati Ilahi.Ucapan dari bekas pelajar sekolah rendah Abdullah Sg.Mati Muar Johor 1971-1976

SELAMAT HARI JADI HADIBAH



HAPPY BIRTHDAY TO PUAN HADIBAH ADAN yang ke 45 tahun pada 1/5/2009.Semoga berbahagia dan dirahmati ALLAH,panjang umur dan murah rezeki.Ucapan dari bekas pelajar sekolah Abdullah Sg.Mati Muar 1971-1976

Sunday, April 26, 2009

SYRACUSE UNIVERSITY - THE MOSQUE


syracuse university mosque




ini foto 23 tahun yang lalu.Masjid ini telah diubah suai jadi tiga tingkat sekarang.


Dulu warna biru putih macam balai polis pulak.

Kat mana encik Wahab sekarang ya?


Inside the mosque.

Kat dapur tingkat bawah masjid.Kami selalu jadi tukang masak untuk jamuan kenduri malam jumaat .
En Nasir yang sedang pegang anak arab nama dia yasmin.

Arwah Yaakop dari Burma(myanmar).Dia ni cukup rapat dengan kami.satu yang paling saya ingat dia ni tak boleh pronounce 'walk' dengan 'work'


Dalam foto ni kelihatan Mazuar,Abdul Azim,Baharuddin,Ismail Lamdin, Abd Rahim Dawood,Syed Alwi dan Jeffrey Raffles


Geng dapur - Baharuddin,Ismail, zainurin dan Rozalli.


Geng van masjid- Mohammad Osman,Abd Rashid,Jasni,Rosli,Shahrom,Farid dan Badlishah.
Antara kenangan di masjid ini
1.Bernasyid dengan Norhaimi dan Rosli lagu Tolong kami Bantu kami anak-anak yatim piatu.Lepas tu bro Fakir(Tunisia) dan bro sameer(jordan) pun pandai nyanyi lagu ni.
2. Perselisihan faham antara bro Mokhtar(Algeria) dengann Mourad Barakat(Algeria)
3. kat belakang masjid ni ada gerai jual ayam halal.Lepas jumaat kami selalu beli ayam untuk stok seminggu
4.Bro Aziz(Pakistan) Jual baju dan seluar pakistan pada kami.Terperanjat tengok besarnya pinggang seluar tu
5. Brother -brother yang datang dari seluruh dunia yang masih saya ingat
Mokhtar Maghroui (Algeria),Mourad Barakat(Algeria),Walid Smari(Iraq),Dr Rafil Dhafir(iraq),Yusuf Mehter(Burma),Arwah yaakop(Burma),Muin(Palestine),Bro Hassan(Black American yang jual sepatu khauf kat kami),Bro Aziz Sheikh(Pakistan),Bro Rashad(Kuwait)Ali Roumi(Kuwait)Adnan Shout(Jordan/syria) dan adiknya,Fakir,Mohsin dan adik Fakir dari Tunisia, Zain Alyafei dari Yaman.

BILA AGAKNYA KITA AKAN BERJUMPA DENGAN MEREKA LAGI?








Tuesday, April 21, 2009

BLACK AND WHITE- STUDIO PHOTO PART 2


HANDSOME TAK PAK LANG MASA MUDA?


MAK ITAM MASA MUDA.

MAK LANG berdiri 2 dari kiri


PAK LANG MASA MUDA MEMANG KETUA KUMPULAN MARHABAN DAN NASYID




DAri kiri belakang :Arwah Cikgu Wahab/Wahid,Pak Lang,Cikgu Ghani, tak kenal
Duduk dari kiri :tak kenal dan Arwah Pak Itam

Mak ndak Minah dengan Jamilah

Arwah makcik paling kiri di belakang


Friday, April 17, 2009

SELAMAT HARI JADI HISHAM


HAPPY BIRTHDAY TO LEFTENAN KOLONEL NORHISAMUDIN AMAD yang ke 45 tahun pada 18/4/2009.Semoga hidup dilimpahi nikmat dan rahmat dari ALLAH serta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Ucapan dari pihak kami bekas pelajar sekolah rendah Abdullah sg.Mati Muar 1971-1976.

SELAMAT HARI JADI AZWAN


HAPPY BIRTHDAY TO AZWAN FADZLI yang ke 29 tahun pada 18/4/2009.Semoga panjang umur,murah rezeki dan diberkati ALLAH.

Thursday, April 16, 2009

SYRACUSE UNIVERSITY-VINCENT APARTMENT


roney lane dan smith lane

Vincent Apartment.Ada 1 bilik dan 2 bilik.
Masa mula pindah ke Syracuse saya menyewa dengan Adnan Ahmad dan Sharifuddin Ali kat Smith lane.Rumah 2 bilik saya satu bilik dengan Adnan.

Roney lane.

Depan Bus Stand


Masa tinggal dengan Mohd.Tarmizi,Jasni dan Zainurin

Kat bilik Jaafar bersama junior.Yang berdiri belakang saya tu arwah Hazani,Baring-razak Aman(dimana kau sekarang) duduk atas katil bahu belang tu kamaruddin An,Pakai baju pink Zuki sekarang lecturer kat Universiti Teknologi Petronas.Depan sekali tak ingat nama dia.


Lepak dengan Shahrom,Badli dan Tg Nizam(baring)

5 sekawan - Norhaimi,Badlishah,Tg Nizam dan Shahrom
Norhaimi penyanyi nashid .

Shafie dari Binghamton

Afro Look.

Masa kat sith lane 1984



Kawan dari Jordan Iyad Hammad.

katil Jaafar(kat mana jaafar sekarang?)
Tinggal kat vincent ddari January 1984 hingga ogos 1986.Berbagai kenangan disini dan antaranya jatuh bawah bas masa nak rebut naik bas,hilang basikal,main volleyball sebelum tunggu berbuka puasa dan kena baling batu dengan anak negro masa tengah main american football.Lepas tu kami pindah ke Irving Avenue.

Wednesday, April 15, 2009

KOBASA MESYUARAT AGUNG PERMULAAN

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP) 15/4/2009

PIHAK GURU BESAR SEKOLAH ABDULLAH SG.MATI MUAR TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBERI BILIK KELAS SEPERTI YANG KITA KEHENDAKI UNTUK MENGADAKAN PERJUMPAAN KITA.
ATAS USAHA CIKGU KITA TUAN HAJI MD.NOR BIN MD.RASIP YANG TELAH BERJUMPA DENGAN GURU BESAR KITA TELAH DIBENARKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG
PERMULAAN(MAP) PADA
30 MEI 2009
JAM 10 PAGI
KITA AKAN MENYEWA DARI JAM 9 PAGI HINGGA KE 5 PTG.DISEBABKAN KITA BEKAS PELAJAR SEKOLAH TERSEBUT PIHAK GURUBESAR TIDAK AKAN MENGAMBIL APA-APA BAYARAN KECUALI DERMA IKHLAS DARI KITA.CUMA KITA DIKEHENDAKI MENULIS SURAT KEPADA GURU BESAR SEKOLAH.
SEBANYAK 60 KERUSI AKAN DISEDIAKAN.CUMA MICROPHONE KITA KENA SEWA SEKOLAH ATAU SURAU BT 8 1/2.

Sunday, April 12, 2009

SELAMAT HARI JADI AZMAN


HAPPY BIRTHDAY TO EN AZMAN ALI yang ke 45 tahun pada 13/4/2009 dengan ucapan semoga dilimpahi rahmat dari ALLAH dan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sukses selalu dari kami bekas pelajar sekolah Abdullah sg.Mati Muar 71-76.

KOOP MT NO 4 KAT RUMAH AZMAN ALI 12/4/2009

ANTARA AJK PENAJA YANG HADIR UNTUK MEMBINCANGKAN UNDANG-UNDANG KECIL DI RUMAH EN AZMAN ALI DITAMAN TUN DR ISMAIL PADA 12/4/2009.




NORAZAM DATANG DARI MUAR

NORAZMAN DATANG DARI JOHOR BAHRU






SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI JOHOR TELAH MELULUSKAN PEMOHONAN PENUBUHAN KOPERASI ANAK-ANAK SA LEDANG BERHAD MELALUI SURAT BERTARIKH 15 MAC 2009 DENGAN SYARAT;
1. KELULUSAN HANYA SAH DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERKUATKUASA DARI TARIKH SURAT INI (15/9/2009)
2. MESYUARAT AGUNG PERMULAAN(MAP) HENDAKLAH DI HADIRI SEKURANG-KURANGNYA 50 ORANG BAKAL ANGGOTA
3. FUNGSI UTAMA KOPERASI IALAH PERTANIAN
4. KAWASAN OPERASI KOPERASI INI ADALAH DAERAH MUAR DAN LEDANG
5. KURSUS PENGENALAN KEPADA ANGGOTA SEKURANG-KURANGNYA SATU KALI SEBELUM MESYUARAT AGUNG PERMULAAN DI ADAKAN.
AJK TELAH MEMUTUSKAN AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG DAN SESSI PENERANGAN DARI PIHAK SKM PADA HARI SABTU 30 MEI 2009 DI DEWAN SEKOLAH ABDULLAH SG. MATI.
PIHAK BEKAS PELAJAR SEKOLAH ABDULLAH 71-76 DIMINTA HADIR UNTUK MENJADI AHLI DAN BORANG PERNYERTAAN HENDAKLAH DIISI PADA MESYUARAT TERSEBUT.
PIHAK AJK TELAH MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA ISTERI ATAU SUAMI DAN ANAK YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MENJADI AHLI .
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN AJK.

KAMI BERDOA DAN BERHARAP KOPERASI INI AKAN DAPAT DITUBUHKAN SEAWAL JULAI 2009 .AMIN